1.0 SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN(LMS)

1.1  Apa itu Sistem Pengurusan Pembelajaran ?





        



        Sistem Pengurusan Pembelajaran atau lebih dikenali sebagai Learning Management System(LMS) merupakan sebuah aplikasi perisian untuk pentadbiran,dokumentasi dan laporan program latihan,kelas serta aktiviti dalam talian,e-learning program dan kadar latihan.LMS merupakan satu projek yang dirintis berdasarkan kerjasama di antara Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) dan MAMPU.MAMPU ialah singkatan bagi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia. MAMPU ini telah merintis LMS di bawah inisiatif Open Source Software(OSS). LMS boleh dibahagikan kepada dua kategori,iaitu proprietary dan open source. Contoh LMS proprietary yang biasa digunakan adalah Blackboard manakala contoh bagi LMS open source pula ialah Moodle yang popular dan digunakan secara meluas kerana ia adalah percuma dan boleh di ubah suai. LMS di SPIN misalnya,merupakan sistem pengurusan pegajaran dan pembelajaran interaktif.LMS di UKM SPIN berasaskan web pintar kursus dalam penyampaian enjin yang menggunakan multimedia untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran yang menyokong multimedia bahan-bahan pembelajaran.







                                                     



 Contoh LMS


                                         BLACKBOARD



MOODLE







 











Comments