1.2   Ciri-ciri Sistem Pengurusan Pembelajaran

         Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) merupakan satu sistem yang boleh mengurus aktiviti dan bahan pengajaran yang diperlukan. Secara khususnya, LMS merupakan perisian yang menyediakan kemudahan infrastruktur untuk merancang, menghantar dan menguruskan program e-Pembelajaran. LMS digunakan untuk menyampai, menjejak dan mengurus latihan.


Mengikut American Society for Training & Development (ASTD, 2002), perisian LMS perlu mempunyai ciri-ciri berikut:

a. Sistem yang boleh menyokong pelbagai prinsip pembelajaran
b. Sistem yang dapat diintegrasikan dengan Sistem Maklumat Sumber Manusia
c. Sistem yang berperanan mentadbir aktiviti pengajaran

Sehubungan itu, ciri-ciri utama dalam LMS ialah seperti berikut:

• Maklumat mata pelajaran
• Nota kuliah dan pautan kepada berbagai sumber maklumat
• Kemudahan komunikasi
• Kemudahan penilaian

Comments

Popular posts from this blog

1.0 SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN(LMS)